MENGENAI KOPERASI ORANG KOTA BHARU BERHAD (COOP-OKB)
Koperasi Orang Kota Bharu Berhad(COOP OKB) telah berjaya ditubuhkan dan didaftarkan di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 29 Oktober 2013.
 
 
 
Tujuan utama COOP OKB ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan dengan cara mengumpul modal daripada ahli-ahli bagi menjalankan aktiviti seperti pemasaran produk anggota, penubuhan pajak gadai, program promosi dan lain-lain aktiviti yang difikirkan sesuai.
 
COOP-OKB secara berterusan akan membuat perancangan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan rangkaian pelbagai, ke arah menyediakan pelantar-pelantar perniagaan untuk para ahli koperasi memajukan usaha niaga mereka masing-masing.
 
 
MENGENAI TABUNG KASEH KANSER OKB-HRPZ II
Penubuhan Tabung Kaseh Kanser ini merupakan cetusan daripada keputusan Mesyuarat Anggota Majlis Pemikir dan Pemandu Persatuan Orang Kota Bharu (OKB)  yang mempunyai fokus untuk merakyatkan ahli-ahli persatuan, samada yang berada di Kelantan, mahupun juga di perantauan.
 
 
Tabung ini ditubuhkan adalah bagi membantu membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan dan juga tambang perjalanan untuk menghadiri sesi rawatan kimoterapi dan lain-lain yang terpaksa dilalui dengan kerap setiap bulan oleh pesakit kanser.
 
Membantu mengurangkan beban penderitaan yang dihadapi oleh pesakit kanser dan ahli keluarga dari pelbagai aspek seperti kewangan, sokongan moral, kaunseling dan pencegahan kanser.
 
 
 
 
 
  Untitled Document
 
 
  Untitled Document
 
Hubungi Kami
 

KOPERASI ORANG KOTA BHARU BERHAD
18-2, Jalan Putra 3, Taman Putra Kajang,
43000 Kajang, Selangor,
MALAYSIA.

Tel: +60 3 8741 2888
Fax: +60 8741 3388

 
 
 
Maklumat Pengilang
 

ENERGY BUILDER NETWORK SDN BHD
Lot B-2A-1A Jalan Prima Saujana 2/G,
Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor,
MALAYSIA.

Tel & Fax: +60 3 8737 5691

 
 
 
HOTLINE +60 14 369 6369
Hakcipta Terpelihara © 2014 Koperasi Orang Kota Bharu Berhad.